Thursday, 26 July 2012

WHAT I THINK ABOUT LIFE


REFLEKSI MINGGU KE-4  {WHAT I THINK ABOUT LIFE}
Kehidupan merupakan sesuatu anugerah yang terindah yang dikurniakan Allah buat manusia.Pahit manis sesebuah kehidupan merupakan guru bagi kita.Kitalah yang mencorakkan kehidupan kita sama ada baik atau buruk.Dalam kehidupan tidak dapat tidak kita akan merasa ramuan-ramuan yang menjadi rencah bagi mengisi ruang hidup kita.Sedih,gembir,jatuh,bangun,pahit,maung pasti akan kita rasai tidak kiralah sehebat manapun seseorang itu.tidak lengkap hidup seseorang itu jika tidak merasai semua pengalaman tersebut.Siapa kita pada hari ini ialah berpaksikan kepada pengalaman yang lepas-lepas.pengalaman merupakan guru yang terbaik dalam mencorakkan kehidupan kita.kita sering mencari kesempurnaan tetapi kita lupa kesempurnaan bukanlah segalanya kerana kita sememangnya tidak sempurna.Dalam kehidupan kita akan sering melakukan kesilapan.usahlah kita menangisi kebodohan kita dalam membuat kesilapan kerana kebodohan itulah yang membuat kita sedar siapa kita yang sebenarnya.Untuk melengkapkan satu putaran kehidupan bukanlah perkara yang mudah kerana sebagai seorang manusia yang tidak sempurna kita dibekalkan dengan kekuatan dan kelemahan.menentukan kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah dan ia memerlukan pengorbanan dan emosi yang yang tinggi kerana kekurangan dalam diri kita kadangkala membantutkan usaha kita.Tetapi semua itu boleh diatasi.setiap orang mempunyai kelebihan diri masing-masing.kelebihan diri yang ada pada diri orang lainjuga boleh menjadi pendorong kepada diri sendiri kerana sudah semestinya kita akan berusaha menjadi lebih baik.hidup ini Cuma sekali,jadi nikmatilah sebaik mungkin tetapi jangan sampai terkeluar daripada landasan yang sepatutnya.Ayuh serlahkan keyakinanmu.

KEPUASAN KU...


Kepuasanku!
Assalamualaikum!
Ribuan terima kasih kuucapkan kepada semua rakan yang sudi membaca ruangan blog “Diari Seorang Nur” pada kali ini.Syukur alhamdullilah kerana setelah aku berusaha sedaya upaya maka siaplah penulisan keduaku ini.Penulisan keduaku ini mengambil masa yang agak lama kerana aku ketandusan idea untuk menulis.Namun begitu kugagahi diriku untuk menulis bagi mengisi ruangan kosong di dalam blog ini.Pada minggu kedua pembelajaran bagi subjek kecerdasan emosi,aku telah mempelajari sesuatu yang baharu  tentang perjalanan kehidupan seorang manusia.Setiap manusia mempunyai sifat dan kerenah masing-masing yang sama sekali berbeza bagi setiap individu.Dari sudut pandanganku aku merasakan perbezaan inilah yang menyatukan kita kerana sebagai seorang manusia kita mestilah hidup saling lengkap-melengkapi.Tidak semua manusia semperna kerana setiap rang pasti ada kelemahan dan kelebihan masing-masing.
Dalam ruangan blog pada kali ini,ingin sekali aku meluahkan sedikit isi-isi pemikiranku berdasarkan apa yang telah aku pelajari dalam meniti alam kehidupan.Kesempurnaan sangat dititikberatkan oleh semua orang.semua ingin melakukan yang terbaik dan sudah semestinya sempurna tanpa sebarang cela.dalam mencari kesempurnaan itu kadang kala kita terlupa bahawa ia bukanlah segala-galanya kerana kita sememangnya tidak sempurna.Kita asyik berusaha untuk berasa sempurna dalam semua aspek sehinggakan kita tidak menerima walau sedikitpun kesilapan yang kadangkala hadir dalam hidup kita bagi menyedarkan siapa kita.Harus dingatkan untuk mencapai kebahagian dalam hidup,aspek utama yang perlu dititikberatkan ialah kepuasan.
Apa itu kepuasan?persoalan ini sering berlegar-legar didalam kotak pemikiranku.Aku selalu mencari kepuasan dalam semua benda.tetapi kadang kala kepuasan itu seolah-olah jauh daripadaku.Namun aku tetap terus cuba dan mencuba membina kepuasan dalam diriku agar aku senang melakukan semua perkara yang ingin aku lakukan.Kepuasan bagi setiap individu adalah berbeza.Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mencapai kepuasan tersebut bergantung kepada tahap pemikiran dan usaha seseorang individu itu dalam mencorakkan kehidupannya. Aku berpendapat bahawa kepuasan itu boleh dipupuk dan tidak terikat pada minat atau kesukaan yang tertentu sahaja.Benda yang kecil pun akan kita rasakan seperti besar andai ia dilakukan dengan penuh ikhlas.
Secara jujurnya aku percaya melalui kejujuran,maka lahirlah kepuasan.Sesetengah pendapat mengatakan kita kena bijak membuat keputusan dan seboleh-blehnya keputusan yang dibuat adalah berdasarkan minat yang tersendiri bagi memperoleh kepuasan.Berbeza pula bagi diriku.Aku berpendapat bahawa minat bukanlah penentu kepuasan seseorang.Aku sering menikmati rasa kepuasan itu apabila aku mengerjakan seseuatu perkara itu dengan ikhlas.Rasa bahagia bila aku melakukan perkara-perkara tertentu tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata.Aku selalu berpesan pada diri aku sendiri tak semua yang kita mahukan akan kita dapat.atas dasar prinsip inilah aku berusaha mencari kepuasan dengan caraku yang tersendiri.Kepuasan bagiku tidak datang begitu sahaja tanpa ada usaha daripada diri sendiri kerana ia tidak dapat disentuh,dilihat tetapi hanya dapat dirasai .Kesimpulannya,bagiku kepuasan memainkan peranan yang penting dalam menentukan kebahagiaan diri sendiri.

Refleksi Kecerdasan Emosi


REFLEKSI MINGGU PERTAMA
Kecerdasan emosi
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!
Pertama sekali saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi menjengah blog saya ini.Ini merupakan blog pertama saya jadi kalaulah ada salah dan silap maafkanlah saya.Sudah lama saya berhasrat untuk membuat blog saya sendiri tetapi hasrat itu seringkali tergendala dek kerana tuntutan masa yang tidak mencukupi.Namun akhirnya,saya berjaya juga menghasilkan blog  yang diberi nama “Diari Seorang Nur”.mesti ramai yang tertanya-tanya mengapa saya memilih nama “Diari Seorang Nur ” sebagai tajuk blog saya.Hal ini kerana saya ingin mencoretkan sebanyak dan semampu mungkin perasaan saya dan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling saya.Saya berharap hasil tulisan saya ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para pembaca.yang baik dijadikan teladan manakala yang jahat dijadikan sempadan.
Sebenarnya tidak terlintas difikiran saya untuk menulis dan sejujurnya saya kekurangan idea untuk dicernakan tetapi saya akan berusaha sedaya upaya untuk berkongsi serba sedikit tentang What I Think dan What I feel.Pada tulisan saya kali ini,saya ingin menyimpulkan sedikit sebanyak apa yang saya pelajari dalam subjek kecerdasan emosi.Menurut kefahaman saya,kecerdasan emosi ialah tingkat keupayaan seseorang individu dalam menangani emosinya sendiri.Seseorang itu dikatakan mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi sekiranya dia berjaya mengawal emosi dengan baik begitu juga sebaliknya.Semua manusia mempunyai emosi sedari mereka lahir lagi dan umum mengetahui bahawa tahap kecerdasan emosi seseorang adalah berbeza.
Sebagai bakal warga pendidik,saya telah mendapat pelbagai pengalaman yang berguna semasa mempelajari konsep kecerdasan emosi.Banyak input yang saya dapat tentang kepentingan kecerdasan emosi dalam diri seseorang. Kecerdasan emosi boleh dikembangkan seumur hidup melalui proses pembelajaran. Kecerdasan emosi lahir seiring dengan pertumbuhan seseorang individu sejak lahir sehinggalah beliau meninggal dunia. Pertumbuhan kecerdasan emosi dipengaruhi oleh keluarga, lingkungan persekitaran dan contoh-contoh pengalaman yang diperolehi seseorang sejak lahir dari kedua ibu bapanya. Kecerdasan emosi mempunyai kaitan dengan pelbagai aspek yang dirasakan semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia yang semakin moden dan maju kini.
Kecerdasan intelektual (IQ) membolehkan seseorang untuk belajar di universiti dan kolej atau pun memegang jawatan profesional. Bagaimanapun, ia bukanlah satu jaminan yang seseorang manusia yang bijak dan pandai akan sejahtera dalam hidup. Kemahiran mengawal dan menggunakan emosi (EQ) secara bijak sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam menjamin kesejahteraan hidup seseorang.ramai yang menganggap bahawa jika seseorang individu itu memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang tinggi, maka individu itu akan memiliki peluang untuk meraih kejayaan yang lebih baik berbanding dengan yang lain. Bagaimanapun, terdapat banyak kes di mana seseorang yang memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang tinggi tersisih daripada orang yang memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang lebih rendah. Ini membuktikan bahawa kecerdasan intelektual yang tinggi tidak menjamin seseorang itu akan meraih kejayaan dalam hidupnya.
Akhir sekali ,ingin saya tegaskan bahawa secara tidak langsung,subjek ini telah menjadikan saya lebih memahami emosi dengan lengkap.Setelah melakukan perkara-perkara dalam proses menghasilkan output yang diingini,saya telah nampak dengan lebih jelas dan mendalami subjek ini secara sebenar khasnya.