REFLEKSI
MINGGU PERTAMA
Kecerdasan
emosi
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera semua!
Pertama
sekali saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi
menjengah blog saya ini.Ini merupakan blog pertama saya jadi kalaulah ada salah
dan silap maafkanlah saya.Sudah lama saya berhasrat untuk membuat blog saya
sendiri tetapi hasrat itu seringkali tergendala dek kerana tuntutan masa yang
tidak mencukupi.Namun akhirnya,saya berjaya juga menghasilkan blog yang diberi nama “Diari Seorang Nur”.mesti
ramai yang tertanya-tanya mengapa saya memilih nama “Diari Seorang Nur ”
sebagai tajuk blog saya.Hal ini kerana saya ingin mencoretkan sebanyak dan
semampu mungkin perasaan saya dan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling
saya.Saya berharap hasil tulisan saya ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin
oleh para pembaca.yang baik dijadikan teladan manakala yang jahat dijadikan
sempadan.
Sebenarnya
tidak terlintas difikiran saya untuk menulis dan sejujurnya saya kekurangan
idea untuk dicernakan tetapi saya akan berusaha sedaya upaya untuk berkongsi
serba sedikit tentang What I Think dan What I feel.Pada tulisan saya kali
ini,saya ingin menyimpulkan sedikit sebanyak apa yang saya pelajari dalam
subjek kecerdasan emosi.Menurut kefahaman saya,kecerdasan emosi ialah tingkat
keupayaan seseorang individu dalam menangani emosinya sendiri.Seseorang itu
dikatakan mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi sekiranya dia berjaya mengawal
emosi dengan baik begitu juga sebaliknya.Semua manusia mempunyai emosi sedari
mereka lahir lagi dan umum mengetahui bahawa tahap kecerdasan emosi seseorang
adalah berbeza.
Sebagai bakal
warga pendidik,saya telah mendapat pelbagai pengalaman yang berguna semasa
mempelajari konsep kecerdasan emosi.Banyak input yang saya dapat tentang
kepentingan kecerdasan emosi dalam diri seseorang. Kecerdasan emosi
boleh dikembangkan seumur hidup melalui proses pembelajaran. Kecerdasan emosi
lahir seiring dengan pertumbuhan seseorang individu sejak lahir sehinggalah
beliau meninggal dunia. Pertumbuhan kecerdasan emosi dipengaruhi oleh keluarga,
lingkungan persekitaran dan contoh-contoh pengalaman yang diperolehi seseorang
sejak lahir dari kedua ibu bapanya. Kecerdasan emosi mempunyai kaitan dengan
pelbagai aspek yang dirasakan semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia
yang semakin moden dan maju kini.
Kecerdasan intelektual (IQ) membolehkan seseorang untuk belajar di
universiti dan kolej atau pun memegang jawatan profesional. Bagaimanapun, ia
bukanlah satu jaminan yang seseorang manusia yang bijak dan pandai akan
sejahtera dalam hidup. Kemahiran mengawal dan menggunakan emosi (EQ) secara
bijak sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam menjamin kesejahteraan
hidup seseorang.ramai yang menganggap bahawa jika seseorang individu itu
memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang tinggi, maka individu itu akan
memiliki peluang untuk meraih kejayaan yang lebih baik berbanding dengan yang
lain. Bagaimanapun, terdapat banyak kes di mana seseorang yang memiliki tingkat
kecerdasan intelektual yang tinggi tersisih daripada orang yang memiliki
tingkat kecerdasan intelektual yang lebih rendah. Ini membuktikan bahawa
kecerdasan intelektual yang tinggi tidak menjamin seseorang itu akan meraih
kejayaan dalam hidupnya.
Akhir sekali
,ingin saya tegaskan bahawa secara tidak langsung,subjek ini telah menjadikan
saya lebih memahami emosi dengan lengkap.Setelah melakukan perkara-perkara
dalam proses menghasilkan output yang diingini,saya telah nampak dengan lebih
jelas dan mendalami subjek ini secara sebenar khasnya.