Kepuasanku!
Assalamualaikum!
Ribuan terima
kasih kuucapkan kepada semua rakan yang sudi membaca ruangan blog “Diari
Seorang Nur” pada kali ini.Syukur alhamdullilah kerana setelah aku berusaha
sedaya upaya maka siaplah penulisan keduaku ini.Penulisan keduaku ini mengambil
masa yang agak lama kerana aku ketandusan idea untuk menulis.Namun begitu
kugagahi diriku untuk menulis bagi mengisi ruangan kosong di dalam blog ini.Pada
minggu kedua pembelajaran bagi subjek kecerdasan emosi,aku telah mempelajari sesuatu
yang baharu tentang perjalanan kehidupan
seorang manusia.Setiap manusia mempunyai sifat dan kerenah masing-masing yang
sama sekali berbeza bagi setiap individu.Dari sudut pandanganku aku merasakan
perbezaan inilah yang menyatukan kita kerana sebagai seorang manusia kita
mestilah hidup saling lengkap-melengkapi.Tidak semua manusia semperna kerana
setiap rang pasti ada kelemahan dan kelebihan masing-masing.
Dalam ruangan
blog pada kali ini,ingin sekali aku meluahkan sedikit isi-isi pemikiranku
berdasarkan apa yang telah aku pelajari dalam meniti alam kehidupan.Kesempurnaan
sangat dititikberatkan oleh semua orang.semua ingin melakukan yang terbaik dan
sudah semestinya sempurna tanpa sebarang cela.dalam mencari kesempurnaan itu
kadang kala kita terlupa bahawa ia bukanlah segala-galanya kerana kita
sememangnya tidak sempurna.Kita asyik berusaha untuk berasa sempurna dalam
semua aspek sehinggakan kita tidak menerima walau sedikitpun kesilapan yang
kadangkala hadir dalam hidup kita bagi menyedarkan siapa kita.Harus dingatkan
untuk mencapai kebahagian dalam hidup,aspek utama yang perlu dititikberatkan
ialah kepuasan.
Apa itu
kepuasan?persoalan ini sering berlegar-legar didalam kotak pemikiranku.Aku
selalu mencari kepuasan dalam semua benda.tetapi kadang kala kepuasan itu seolah-olah
jauh daripadaku.Namun aku tetap terus cuba dan mencuba membina kepuasan dalam
diriku agar aku senang melakukan semua perkara yang ingin aku lakukan.Kepuasan
bagi setiap individu adalah berbeza.Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mencapai
kepuasan tersebut bergantung kepada tahap pemikiran dan usaha seseorang
individu itu dalam mencorakkan kehidupannya. Aku berpendapat bahawa kepuasan
itu boleh dipupuk dan tidak terikat pada minat atau kesukaan yang tertentu
sahaja.Benda yang kecil pun akan kita rasakan seperti besar andai ia dilakukan
dengan penuh ikhlas.
Secara jujurnya aku percaya melalui kejujuran,maka
lahirlah kepuasan.Sesetengah pendapat mengatakan kita kena bijak membuat
keputusan dan seboleh-blehnya keputusan yang dibuat adalah berdasarkan minat
yang tersendiri bagi memperoleh kepuasan.Berbeza pula bagi diriku.Aku
berpendapat bahawa minat bukanlah penentu kepuasan seseorang.Aku sering
menikmati rasa kepuasan itu apabila aku mengerjakan seseuatu perkara itu dengan
ikhlas.Rasa bahagia bila aku melakukan perkara-perkara tertentu tidak dapat aku
gambarkan dengan kata-kata.Aku selalu berpesan pada diri aku sendiri tak semua
yang kita mahukan akan kita dapat.atas dasar prinsip inilah aku berusaha
mencari kepuasan dengan caraku yang tersendiri.Kepuasan bagiku tidak datang
begitu sahaja tanpa ada usaha daripada diri sendiri kerana ia tidak dapat
disentuh,dilihat tetapi hanya dapat dirasai .Kesimpulannya,bagiku kepuasan
memainkan peranan yang penting dalam menentukan kebahagiaan diri sendiri.
No comments:
Post a Comment