Thursday, 26 July 2012

Refleksi Kecerdasan Emosi


REFLEKSI MINGGU PERTAMA
Kecerdasan emosi
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!
Pertama sekali saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi menjengah blog saya ini.Ini merupakan blog pertama saya jadi kalaulah ada salah dan silap maafkanlah saya.Sudah lama saya berhasrat untuk membuat blog saya sendiri tetapi hasrat itu seringkali tergendala dek kerana tuntutan masa yang tidak mencukupi.Namun akhirnya,saya berjaya juga menghasilkan blog  yang diberi nama “Diari Seorang Nur”.mesti ramai yang tertanya-tanya mengapa saya memilih nama “Diari Seorang Nur ” sebagai tajuk blog saya.Hal ini kerana saya ingin mencoretkan sebanyak dan semampu mungkin perasaan saya dan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling saya.Saya berharap hasil tulisan saya ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para pembaca.yang baik dijadikan teladan manakala yang jahat dijadikan sempadan.
Sebenarnya tidak terlintas difikiran saya untuk menulis dan sejujurnya saya kekurangan idea untuk dicernakan tetapi saya akan berusaha sedaya upaya untuk berkongsi serba sedikit tentang What I Think dan What I feel.Pada tulisan saya kali ini,saya ingin menyimpulkan sedikit sebanyak apa yang saya pelajari dalam subjek kecerdasan emosi.Menurut kefahaman saya,kecerdasan emosi ialah tingkat keupayaan seseorang individu dalam menangani emosinya sendiri.Seseorang itu dikatakan mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi sekiranya dia berjaya mengawal emosi dengan baik begitu juga sebaliknya.Semua manusia mempunyai emosi sedari mereka lahir lagi dan umum mengetahui bahawa tahap kecerdasan emosi seseorang adalah berbeza.
Sebagai bakal warga pendidik,saya telah mendapat pelbagai pengalaman yang berguna semasa mempelajari konsep kecerdasan emosi.Banyak input yang saya dapat tentang kepentingan kecerdasan emosi dalam diri seseorang. Kecerdasan emosi boleh dikembangkan seumur hidup melalui proses pembelajaran. Kecerdasan emosi lahir seiring dengan pertumbuhan seseorang individu sejak lahir sehinggalah beliau meninggal dunia. Pertumbuhan kecerdasan emosi dipengaruhi oleh keluarga, lingkungan persekitaran dan contoh-contoh pengalaman yang diperolehi seseorang sejak lahir dari kedua ibu bapanya. Kecerdasan emosi mempunyai kaitan dengan pelbagai aspek yang dirasakan semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia yang semakin moden dan maju kini.
Kecerdasan intelektual (IQ) membolehkan seseorang untuk belajar di universiti dan kolej atau pun memegang jawatan profesional. Bagaimanapun, ia bukanlah satu jaminan yang seseorang manusia yang bijak dan pandai akan sejahtera dalam hidup. Kemahiran mengawal dan menggunakan emosi (EQ) secara bijak sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam menjamin kesejahteraan hidup seseorang.ramai yang menganggap bahawa jika seseorang individu itu memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang tinggi, maka individu itu akan memiliki peluang untuk meraih kejayaan yang lebih baik berbanding dengan yang lain. Bagaimanapun, terdapat banyak kes di mana seseorang yang memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang tinggi tersisih daripada orang yang memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang lebih rendah. Ini membuktikan bahawa kecerdasan intelektual yang tinggi tidak menjamin seseorang itu akan meraih kejayaan dalam hidupnya.
Akhir sekali ,ingin saya tegaskan bahawa secara tidak langsung,subjek ini telah menjadikan saya lebih memahami emosi dengan lengkap.Setelah melakukan perkara-perkara dalam proses menghasilkan output yang diingini,saya telah nampak dengan lebih jelas dan mendalami subjek ini secara sebenar khasnya.

No comments:

Post a Comment